Analisis GOLD – Pelabur Tersentak Saksikan Emas Terbenam Bawah $2,000!

1,698

Remuk hati para pelabur emas apabila terpaksa melihat dagangan emas yang ‘berdarah’ terkena penangan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.

Harga emas menjunam jatuh hingga ke bawah paras $2,000 setelah kali terakhir harga tidak mencecahnya sejak 9 minggu yang lalu iaitu pada pertengahan Disember tahun lepas.

Situasi itu berlaku disebabkan tekanan ke atas emas selepas US dolar ketara mengukuh susulan reaksi pasaran terhadap terbitan data penting itu.

Inflasi AS untuk Januari catat bacaan yang masih tinggi, menunjukkan ekonomi AS masih berdaya tahan dengan dasar monetari yang diterapkan sebelum ini.

Justeru, Federal Reserve (Fed) dilihat tidak akan menurunkan kadar faedah dalam tempoh waktu terdekat ini.

Kesannya, carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan terjunan harga yang drastik.

Pada mulanya harga naik ke zon 2030.00, namun selepas menguji seketika terjunan harga diperlihatkan ketika data diterbitkan di sesi New York.

Harga terus melewati paras penting 2000.00 dan gagal untuk melantun naik semula membuat pembetulan harga.

Selepas ditutup di paras sekitar 1992.00 di sesi New York, pergerakan harga kekal mendatar di sekitar itu pada sesi Asia pagi ini dan sedikit penurunan lemah berlaku di awal sesi Eropah.

Harga emas dilihat cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah selepas terjunan harga yang dipaparkan semalam.

Selepas melepasi 2000.00, harga emas berkemungkinan akan susut ke paras 1970.00 atau lebih rendah lagi sehingga ke sasaran 1950.00.

Namun jika harga cuba memaparkan kenaikan semula, paras 2000.00 dilihat sebagai rintangan terhampir yang perlu dilepasi untuk lebih pulih.

Seterusnya, barulah kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan semula menuju 2030.00 dan kembali melegakan para pelabur.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat