Selepas lonjakan ketara berlaku pada Rabu lalu, pergerakan harga emas mula mendatar pada dagangan Khamis semalam yang berlegar di zon penting $1,920.
US dolar kembali paparkan pengukuhan pada sesi New York semalam yang disokong oleh terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang catatkan bacaan angka yang memuaskan.
Ini kembali menstabilkan semula kerugian US dolar ketika data PMI pembuatan dan perkhidmatan AS pada Rabu lalu yang merosot untuk bulan Ogos.
Namun, pelabur kekal berhati-hati dengan ketidaktentuan yang terus melanda pasaran menjelang acara tahunan simposim Jackson Hole yang bakal bermula pada awal sesi New York sebentar lagi.
Pengukuhan US dolar semalam walaupun memberi tekanan kepada kebanyakan mata wang utama, namun tidak begitu memberi kesan kepada emas.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan pada awalnya ke paras 1912.00, namun kembali melantun naik semula ke zon 1920.00.
Tidak meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat) di bawah zon 1920.00 semula sementara menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sekiranya harga paparkan lonjakan semula dan berjaya tembusi zon 1920.00, akan memberi petanda positif kepada pelabur emas untuk menjangkakan kenaikan lebih tinggi harga bakal berlaku.
Isyarat bullish itu boleh mendorong harga emas membuat kenaikan menuju zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 1930.00 sebelum beralih pula ke ketinggian 1950.00.
Namun jika harga emas kembali menjunam di bawah paras MA50, boleh menjadi petanda awal untuk perubahan arah harga semula di penghujung minggu ini.
Corak bearish harga emas pada minggu-minggu sebelum ini berkemungkinan bakal diteruskan semula.
Jangkaan penurunan harga dilihat akan kembali hampiri paras penting 1900.00 dan sekiranya kejatuhan terus berlaku, harga bakal menguji semula support 1885.00 yang beberapa kali diuji sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG