Analisis GOLD – Tak Sempat Tarik ‘Handbrake’, Emas Sambung Meluncur Lagi

821

Dagangan komoditi emas meneruskan pergerakan trend bearish sehingga ke penutup sesi dagangan minggu lalu, disebabkan oleh pandangan pelabur telah beralih pada jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif berbanding penilaian minit FOMC yang bernada dovish.

Pengetatan dasar monetari perlu diteruskan bagi membendung peningkatan inflasi yang telah membuatkan mata wang US dolar meningkat sementara mendorong penurunan pada nilai logam kuning dalam pasaran.

Pelabur emas yang berwaspada terhadap pergerakan US dolar pada minggu ini bakal menantikan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada simposium tahunan di Jackson Hole, Wyoming untuk sebarang isyarat bagi penetapan dasar monetari bank pusat yang selanjutnya.

Turut mempengaruhi pergerakan emas semasa, indeks dolar dan hasil bon AS 10 tahun juga mengukuh dilihat menambahkan tekanan kepada dagangan komoditi emas untuk mencetuskan peningkatan semula.

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mengekalkan corak penyusutan dari awal pembukaan dagangan awal minggu sehinggalah ke sesi terakhir minggu lalu.

Harga emas memulakan penurunan dari paras rintangan 1800.00 sehingga melepasi paras sokongan pada 1760.00 dan mencatatkan paras terendah mingguan di sekitar 1745.00 ketika dagangan melabuhkan tirai.

Harga yang kekal bergerak dibawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD terus memberi isyarat kepada pelabur untuk pergerakan trend bearish yang berterusan sehingga bersambung pada dagangan awal minggu ini.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi Eropah petang ini sehingga ke paras sekitar 1735.00 setakat jam 4.30 petang untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Sekiranya harga masih lagi mengekalkan penyusutan, penurunan lebih rendah harga dijangka pula untuk menuju ke zon 1720.00 menguji paras sokongan terbaru dan mencatatkan paras terendah terbaru lagi buat emas.

Sebaliknya jika harga emas berjaya membuat peningkatan semula, paras halangan MA50 bakal di uji terlebih dahulu sebelum harga menguji zon rintangan harga SBR (support become resistance) 1760.00 untuk pelabur menentukan sama ada perubahan trend bullish bakal berlaku.

Kenaikan harga yang seterusnya dilihat bakal menguji semula zon SBR 1780.00 yang menjadi rintangan pada pergerakan minggu lalu sebelum kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat