Pelabur emas tersenyum riang pada dagangan sesi New York semalam ekoran harga logam kuning itu telah melonjak ke paras tertinggi 1 bulan.
Ini tak lain tak bukan disebabkan oleh tempias data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.
Angka bacaan agak mengejutkan dengan inflasi pada Jun turun ke paras 3.0%, lebih rendah berbanding ramalan 3.1%, daripada paras bulan sebelumnya iaitu 4.0%.
Ini dilihat menambahkan sokongan terhadap kenyataan penggubal dasar Federal Reserve (Fed) bahawa kitaran pengetatan dasar monetari semakin hampir penghujungnya.
US dolar alami penyusutan ketara daripada reaksi pasaran terhadap data tersebut, sekaligus menyaksikan harga emas melonjak tinggi.
Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya susut seketika di sesi Eropah ke sekitar 1934.00.
Namun, selepas data CPI diterbitkan, harga telah melonjak hingga melepasi paras sasaran penting pada 1950.00.
Momentum berjaya dikekalkan hingga ke penghujung sesi, dan harga berjaya menamatkan dagangan di sekitar ketinggian 1958.00.
Pergerakan harga emas perlahan di sesi Asia hari ini (Rabu), namun menunjukkan sedikit peningkatan di awal sesi Eropah.
Berkemungkinan harga akan melanjutkan kenaikan lebih tinggi hingga ke sesi yang berikutnya dengan sasaran untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya pada 1980.00.
Namun, risiko menuju dagangan penghujung minggu juga tidak boleh dinafikan dan harga emas boleh jatuh semula pada sesi-sesi akhir minggu ini.
Sekiranya harga kembali bergerak turun semula di bawah 1950.00, pelabur perlu berhati-hati untuk kejatuhan lebih rendah selanjutnya.
Zon 1930.00 akan menjadi sasaran berikutnya pada penurunan harga yang diteruskan dan petunjuk-petunjuk lebih jelas untuk perubahan trend akan diperhatikan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG