Analisis GOLD – Terukir Senyuman Di Wajah Para Pelabur

1,388

Pergerakan harga emas semakin memberikan keyakinan terhadap pelabur apabila mempamerkan corak penguuhan nilai pada awal minggu.

Seperti yang diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah bergerak melepasi semula paras 1800.00 pada penghujung minggu lalu.

Kenaikan diteruskan pada dagangan awal minggu ini apabila lonjakan ketara pada sesi New York semalam memberi kelegaan terhadap pelabur selepas pergerakan harga yang mendatar pada sesi-sesi sebelumnya.

Zon rintangan pada 1820.00 turut berjaya ditembusi harga mengukuhkan lagi petunjuk bagi perubahan trend bullish harga emas selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan kekal diteruskan pada dagangan Selasa menuju paras tumpuan 1850.00. Kenaikan harga dilihat pada sesi Asia dan diteruskan sehingga ke sesi Eropah.

Jangkaan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk melepasi rintangan 1850.00 seterusnya menuju semula ke zon resistance 1875.00 yang diuji pada bulan Januari.

Walaupun begitu, pelabur berwaspada sekiranya terdapat penurunan semula harga pada carta XAU/USD.

Zon harga 1820.00 akan menjadi zon sokongan untuk harga meneruskan kembali kenaikan. Sekiranya harga terus menjunam, paras 1800.00 akan diuji dan dijangka harga akan memberi isyarat perubahan trend semula.

Penurunan lebih rendah harga akan menuju paras support minggu lalu pada 1785.00 sebelum penurunan seterusnya berkemungkinan akan ke paras sekitar 1765.00.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat