Analisis GOLD – Tiba-Tiba Harga Emas Tercacak Naik Semula!

1,211

Tarik nafas lega pelabur emas bila tengok harga mula melonjak naik semula semalam.

Mana taknya, pada Rabu lalu, harga emas menjunam teruk di sesi New York ketika US dolar yang dilihat mengukuh.

Namun situasi berubah pada Khamis semalam susulan data tuntutan faedah pengangguran (unemployment claims) Amerika Syarikat (AS) yang catatkan pertambahan mingguan yang tinggi membuatkan US dolar ketara melemah semula.

Ini kembali mengalihkan kecenderungan jangkaan pasaran kepada langkah untuk mengekalkan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) berbanding untuk menaikkannya.

Pelabur akan memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC di minggu hadapan, selain data inflasi (CPI) AS juga akan diperhatikan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan terjunan harga pada Rabu lalu mencecah paras 1940.00.

Menjadi paras sokongan buat harga, lantunan semula dipamerkan semalam dengan harga kembali mencapai semula paras ketinggian sebelum terjunan iaitu 1970.00.

Kemudiannya, harga mula perlahan di penutup sesi New York sehingga bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat) di sekitar 1964.00.

Pergerakan harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi ekoran harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu mengisyaratkan trend bullish buat emas.

Selain itu, harga yang didorong momentum lonjakan semalam bakal ditolak naik menuju zon rintangan pada 1980.00.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi bakal menyentuh semula paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 2000.00.

Namun, apa-apa boleh terjadi dengan risiko dagangan di penghujung minggu yang boleh mengubah semula arah pergerakan harga emas itu.

Bersedia untuk jangkaan penurunan harga, paras sokongan MA50 akan diuji sebelum harga ke paras 1950.00.

Untuk penurunan lanjut jika diteruskan, paras sokongan 1940.00 sebelum ini akan dicecah semula dan tidak mustahil harga catatkan paras terendah terbaru 12 minggu dengan sasaran menuju 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat