Analisis GOLD – Walaupun Tempo Perlahan, Emas Masih Mendaki

421

Dagangan sesi Asia bersambung ke sesi Eropah pada Rabu semalam menyaksikan peningkatan nilai emas berterusan dalam pasaran setelah pemulihan yang dinilai untuk dagangan minggu ini.

Namun, persembahan suram dipamerkan emas pada sesi New York semalam tidak meneruskan lonjakan pada sesi-sesi sebelumnya.

Faktor tekanan terhadap mata wang US dolar yang dijangka akan terus bergerak susut bakal memberi ruang untuk emas terus catatkan peningkatan nilainya.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih menunjukkan isyarat untuk meneruskan trend bullish.

Pergerakan harga yang bersambung pada hari ini (Khamis) perlahan berlegar di atas paras 1660.00 yang menjadi zon penting buat harga sementara pelabur menantikan isyarat untuk pergerakan selanjutnya.

Untuk jangkaan kenaikan yang bakal diteruskan dilihat akan menguji rintangan pada paras 1680.00 untuk terus catatkan paras ketinggian terbaru.

Berjaya melepasi rintangan pada 1680.00 tersebut seterusnya akan menjangkakan kenaikan menuju zon tumpuan 1700.00.

Sebaliknya, jika harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan semula melepasi bawah paras sokongan MA50 akan membuatkan pelabur berjaga-jaga untuk kejatuhan semula emas.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sokongan terhampir pada 1640.00 yang telah berjaya melantunkan harga pada penurunan Selasa lalu.

Jika melepasi paras tersebut, harga berkemungkinan akan susut menuju zon support tumpuan pada 1615.00 seperti yang dicecah pada penghujung minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat