Analisis Teknikal AUD/JPY – Timeframe H1 – 4/9/2018

573

Aussie sebentar tadi menguat setelah Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah sedia ada 1.50% lewat sesi pasaran Asia hari ini. Data tersebut sebelum ini telah dijangka oleh pasaran ekoran Westpac yang menaikkan kadar hutang perumahan di Australia.

Bank pusat mengekalkan unjuran perkembangan terhadap kenaikan kadar faedah di sana, namun susulan dari itu, beberapa bank utama di Australia menginginkan RBA untuk menurunkan kadar faedah.

Di samping itu, AUD masih dibayangi oleh krisis perang dagang antara AS-China dimana AUD turut terkesan dengan siri serangan tarif oleh Amerika Syarikat atas faktor Australia antara salah satu rakan dagang terbesar China.

Sebaliknya, ketegangan perang dagang ini memberi kesan positif terhadap matawang JPY. Matawang safe-haven itu bakal mendapat permintaan kerana pasaran akan beralih ke arah yang lebih selamat dengan matawang pulangan rendah menjadi pilihan jika pasaran dilihat dalam keadaan berisiko (risk-off).

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang AUD/JPY semalam, harga telah membuat penurunan sehingga ke paras 79.510 dan harga kembali membuat kenaikan semula dan mula perlahan pada lewat sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak menurun dengan kadar yang perlahan sebelum harga membuat lonjakan ke paras resistance 80.400 lewat sesi setelah penetapan dasar polisi oleh RBA yang mengekalkan kadar faedah seperti jangkaan. Namun, harga kembali membuat penurunan semula setelah sesi pasaran London dibuka sebentar tadi dan harga semasa bergerak di sekitar paras 79.890 setakat jam 5.30 petang.

Harga dilihat akan menguji paras support 79.700 dan jika berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, support seterusnya yang berkemungkinan dicapai adalah pada paras 79.200 dan seterusnya pada 78.900.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, harga bakal menguji kembali paras resistance 80.400 dan jika harga menembusi (breakout) paras tersebut, kemungkinan paras yang menjadi tumpuan harga adalah pada resistance 81.140 dan seterusnya pada major resistance di 81.700.

Paras support: 79.647, 79.206, 78.899.

Paras resistance: 80.395, 80.702, 81.143.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat