Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 13/12/2018

86

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga dilihat mendatar dengan nilai kedua-dua matawang dollar USD dan AUD didagangkan seimbang. Pada dagangan semalam, harga bergerak di antara julat paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Pelabur masih melihat dagangan Aussie positif dengan perkembangan yang meyakinkan dalam hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Terbaru, laporan menyatakan China berjanji untuk meningkatkan perbelanjaan mereka ke atas produk pertanian Amerika Syarikat. Namun, USD sedikit menggusarkan pelabur dengan data inflasi yang dikeluarkan semalam mencatatkan penurunan angka pada bacaan bulan November.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 0.7216 dan menunjukkan sedikit kenaikan menuju ke paras resistance 0.7236 (MagicR1). Jika harga berjaya keluar dari paras julat dagangan sebelum ini, seterusnya harga bakal menuju pula ke paras resistance 0.7257 (MagicR2) pada kenaikan ke paras yang lebih tinggi. Dan dilihat paras resistance pada 0.7278 (MagicR3) akan menjadi perhatian sekiranya Aussie berjaya melonjakkan harga pada chart AUD/USD.

Namun, jika harga kembali turun dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal penurunan harga dilihat akan menuju ke support 0.7195 (MagicS1). Kemudian, pasaran akan melihat penurunan harga seterusnya dan kemungkinan paras support 0.7174 (MagicS2) bakal diuji untuk harga mengatasi paras support pada dagangan sebelum ini. Dan penurunan yang diteruskan dijangka akan mencecah ke paras sekitar support 0.7153 (MagicS3) yang berpotensi menjadi paras RBS (resistance become support) yang baru pada chart AUD/USD.

Terus ikuti perkembangan hubungan dagang antara AS-China yang masih menjadi faktor yang menggerakkan nilai matawang Aussie dalam pasaran semasa selain data ekonomi domestik Australia. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart AUD/USD dengan membandingkan dengan paras-paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7195, 0.7174, 0.7153.

Paras resistance: 0.7236, 0.7257, 0.7278.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat