Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 21/9/2018

213

Pada dagangan minggu ini, AUD/USD dilihat antara pasangan matawang yang konsisten pergerakan harganya. Harga dilihat membuat kenaikan sejak Isnin lalu sehingga hari ini (Jumaat) dan membuat Higher High yang baru setiap hari. Pasaran masih melihat Aussie yang masih positif dan tidak terlalu terkesan akibat daripada isu perang dagang. Pada dagangan semalam harga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot dan menyentuh paras resistance MagicR1. Pada sesi pasaran Asia hari ni, harga dilihat bergerak agak perlahan sekitar julat pergerakan hanya 25 pips sahaja dan menguji paras resistance 0.7304 (MagicR1) yang terdekat. Harga semasa didagangkan pada paras 0.72900 setakat jam 3.56 petang.

Jika harga meneruskan konsistensi kenaikannya, harga dijangka akan melepasi paras resistance MagicR1 dan seterusnya menuju ke paras resistance 0.7318 (MagicR2). Paras resistance yang lebih tinggi dilihat berada pada paras 0.7343 (MagicR3) jika harga masih membuat kenaikan dan mencari paras ketinggian yang baru.

Sebaliknya, jika isu perang dagang kembali membayangi matawang AUD, jangkaan harga akan mengalami kejatuhan dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7279 menuju ke paras support 0.7265 (MagicS1). Jika harga masih mengalami kejatuhan, jangkaan paras yang berpotensi untuk dicecah harga adalah pada support 0.7240 (MagicS2) atau paras support 0.7226 (MagicS3) di mana kedua-dua paras tersebut berada pada zon tumpuan harga sebelum ini.

Ikuti perkembangan isu perang dagang dan kesan-kesannya terhadap matawang-matawang utama dunia terutamanya Aussie. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 0.7265, 0.7240, 0.7226.

Paras resistance: 0.7304, 0.7318, 0.7343.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat