Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 25/10/2018

181

Sentimen pasaran yang kembali berisiko akan menjejaskan matawang Aussie. Ini yang terjadi pada chart pasangan matawang AUD/USD di mana harga telah membuat penurunan dari paras resistance MagicR1 sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line walapun harga pada mulanya cuba membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia semalam. Kelihatan harga ditutup pada paras terendah harga pada Selasa lalu di sekitar 0.70600.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat membuat kenaikan semula sehingga berjaya melepasi paras Magic Pivot 0.7073 hari ini dan cuba untuk meneruskan kenaikan menuju ke resistance 0.7089 (MagicR1). Namun, harga kembali ditekan semula ke paras Magic Pivot dan menguji paras tersebut setakat jam 2.37 petang. Jika harga berjaya membuat kenaikan semula, harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi dari paras resistance MagicR1 dan menuju ke paras lebih tinggi sekitar paras 0.7122 (MagicR2) dan mengatasi paras ketinggian harga untuk dagangan semalam. Seterusnya, kelihatan paras resistance 0.7138 (MagicR3) bakal diuji harga sekiranya harga masih kekal membuat kenaikan.

Namun, jika USD mengukuh semula berbanding AUD selepas ini, jangkaan harga akan menjunam lagi dan paras awal dilihat akan dituju harga adalah pada 0.7041 (MagicS1) untuk harga menguji terlebih dahulu zon major support yang gagal ditembusi harga sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan terus membuat penurunan ke paras lebih rendah menuju ke paras support 0.7025 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum penurunan dijangka boleh mencecah sehingga ke paras 0.6993 (MagicS3).

Ikuti perkembangan perang dagang dan data-data ekonomi di Australia bagi memantau perubahan nilai matawang Aussie dan juga pergerakan harga pada chart AUD/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7041, 0.7025, 0.6993.

Paras resistance: 0.7089, 0.7122, 0.7138.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat