Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 28/9/2018

241

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam menunjukkan harga terus membuat penurunan. Harga dilihat telah turun dari paras Magic Pivot sehingga breakout paras support 0.72350 dan mencecah paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Kemudian, harga naik sedikit menyentuh paras 0.72350 dan menyambung penurunan ke paras lebih rendah namun gagal untuk sampai serendah paras support MagicS2.

Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan agak perlahan dan sedikit membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 0.7226 sehingga ke awal sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada pada paras 0.7215 setakat jam 3.29 petang. Jika USD terus mengukuh dan menekan harga, paras yang dilihat menjadi tumpuan harga adalah pada support 0.7184 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga akan diteruskan ke paras support terdekat iaitu pada 0.7126 (MagicS2). Dan jika harga terus mengalami kejatuhan, harga boleh mencecah sehingga ke paras support 0.7120 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 0.7226, harga boleh naik menuju ke paras resistance 0.7248 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum mencapai paras resistance 0.7290 (MagicR2). Jika harga masih meneruskan kenaikan, harga perlu menguji paras major resistance 0.73000 untuk membuat Higher High yang baru dan dilihat juga paras resistance 0.7312 (MagicR3) yang turut berada pada zon tersebut.

Pasaran masih dilanda kebimbangan berhubung isu perang dagang di antara AS-China di mana konflik dua ekonomi besar dunia ini turut memberikan kesan terhadap kesihatan ekonomi global. Pantau juga isu-isu semasa yang lain dalam memerhati pergerakan harga pada chart AUD/USD ini dan rujuk indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras terbaik bagi posisi trading harian anda.

 

Paras support: 0.7184, 0.7162, 0.7120.

Paras resistance: 0.7248, 0.7290, 0.7312.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat