Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 31/12/2018

113

Perkembangan pada isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China dalam laporan terbaru menunjukkan ketegangan pada isu tersebut semakin reda di mana Presiden Donald Trump dalam kenyataan pada akaun media sosial Twitter beliau mengatakan bahawa belia menerima panggilan yang menyenangkan daripada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping yang berkemungkinan perkembangan dalam rundingan antara mereka berjalan lancar. Sementara itu, data perkilangan di China menunjukkan bacaan yang bercampur di mana data perkilangan menurun daripada jangkaan dan juga data sebelumnya, namun data bukan-perkilangan pula menunjukkan peningkatan. Data-data ini bakal memberi kesan kepada perubahan nilai matawang dollar AUD. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga bergerak di antara julat paras resistance MagicR1 dan paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 0.7041 menunjukkan kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7059 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian pada dagangan Jumaat lalu. Jika harga dilihat membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya akan menuju ke paras resistance pada 0.7086 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan harga akan menguji pula paras 0.7104 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart AUD/USD.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan sehingga turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menuju ke paras support 0.7014 (MagicS1) dan menguji paras terendah semasa pada AUD/USD yang dicapai pada minggu lalu. Jika harga terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah, harga akan cuba melepasi paras support 0.6996 (MagicS2) sebelum turun lebih rendah sehingga ke paras sekitar 0.6970 (MagicS3) untuk terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru.

Ikuti perkembangan pada isu perang dagang antara AS-China pada minggu ini serta data ekonomi domestik China yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7014, 0.6996, 0.6970.

Paras resistance: 0.7059, 0.7086, 0.7104.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat