Pasaran tertumpu pada pengumuman kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) malam tadi di mana ECB mengekalkan kadar faedah sedia ada dan telah mengesahkan bakal menamatkan program pembelian aset seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran sebelum ini. Gabenor Mario Draghi dalam persidangan selepas mengumumkan kadar faedah dikekalkan, dilihat meyampaikan kenyataan yang bernada dovish berkaitan keseimbangan risiko pada ekonomi zon Eropah yang dilihat sedang bergerak menurun. Pada sesi pasaran Eropah petang ini pula, pasaran akan tertumpu pada data indeks pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah khususnya di Jerman dan Perancis. Manakala, matawang USD pula didagangkan berhati-hati menjelang data jualan runcit yang bakal dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini. Data barangan import Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam turut mencatatkan angka yang menurun. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga yang cuba membuat kenaikan menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line kemudiannya telah membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot selepas pengumuman kadar faedah oleh ECB. Namun, harga kembali pantul naik ke paras Magic Pivot semula dan menutup dagangan sesi New York di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak mendatar pada paras Magic Pivot 1.1360 hari ini sejak awal sesi dagangan bermula. Jika harga terus menyambung penurunan yang dibuat semalam, harga akan turun menuju ke paras support 1.1326 (MagicS1) menguji paras terendah dagangan harian semalam. Seterusnya, harga akan turun menuju pula ke paras support pada 1.1297 (MagicS2) yang merupakan paras tumpuan harga pada chart EUR/USD. Dan sekiranya USD terus mengukuh dan menekan harga ke paras lebih rendah pada dagangan hari ini, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.1263 (MagicS3).
Namun, jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah sebaliknya menunjukkan kenaikan, harga akan menguji semula paras ketinggian semalam pada resistance 1.1389 (MagicR1). Harga yang berjaya naik lebih tinggi melepasi paras ketinggian semalam dijangka akan menuju ke paras resistance yang berada di paras 1.1423 (MagicR2) dan seterusnya harga akan cuba mengatasi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu menuju ke paras resistance yang berada sedikit tinggi dari paras tersebut iaitu di sekitar paras 1.1452 (MagicR3).
Terus ikuti perkembangan ekonomi di zon Eropah dan jangan lupa untuk pantau data PMI pada petang ini serta pada sebelah malam pula tumpuan terarah kepada data jualan runcit di Amerika Syarikat. Kawal dagangan anda di penghujung minggu ini dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD anda.
Paras support: 1.1326, 1.1297, 1.1263.
Paras resistance: 1.1389, 1.1423, 1.1452.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI