Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 23/10/2018

373

Nilai matawang EURO terus mengalami kejatuhan pada dagangan semalam ekoran terkesan dengan drama politik berkaitan krisis bajet Itali. Jika dilihat daripada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga cuba membuat kenaikan pada sesi pasaran Eropah hampir menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, sebelum harga menjunam melepasi paras Magic Pivot semalam dan menuju ke paras support MagicS1 dan menutup harga berhampiran paras 1.14600.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat perlahan dan bergerak di sekitar paras 1.14600 dan cuba untuk membuat penurunan. Jika ketidaktentuan krisis di Itali berterusan, pasaran menjangkakan harga akan terus menyambung penurunan dan paras support terhampir yang dilihat akan dituju harga adalah pada 1.1428 (MagicS1). Ditambah pula dengan faktor USD yang akan mendapat permintaan disebabkan pasaran yang berisiko, harga dijangka akan terus membuat penurunan menuju ke paras support seterusnya pada 1.1394 (MagicS2). Dan seterusnya, jika harga terus mengekalkan momentum kejatuhan, destinasi seterusnya yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada paras 1.1333 (MagicS3).

Namun, jika EURO kembali mengukuh semula berbanding USD, harga bakal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1489 hari ini dan meneruskan kenaikan ke paras resistance 1.1523 (MagicR1). Harga dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) itu terlebih dahulu dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan melonjak menuju ke paras resistance pada 1.1584 (MagicR2). Sekiranya harga masih meneruskan kenaikan yang dibuat, harga akan menguji paras ketinggian pada 1.1619 (MagicR1) untuk cuba mencari paras ketinggian yang baru.

Terus ikuti perkembangan krisis bajet di Itali yang semakin membimbangkan para pelabur dalam pasaran semasa. Kawal posisi dagangan anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.1428, 1.1394, 1.1333.

Paras resistance: 1.1523, 1.1584, 1.1619.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat