Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 24/9/2018

436

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada Jumaat lalu dilihat tidak berjaya meneruskan kenaikan yang dibuat pada hari khamis sebelumnya. Ini adalah ekoran daripada data PMI Zon Eropah pada keseluruhannya mencatatkan bacaan yang mengecewakan dan melemahkan matawang EURO. Harga telah menyentuh paras ketinggian terbaru pada 1.18000 sebelum membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan dan berada rendah dari paras Magic Pivot 1.1762 hari ini pada indicator Moshed Magic Line.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras support 1.1721 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support) di mana zon tersebut menjadi paras tumpuan harga sejak dua minggu ini. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, paras seterusnya yang dilihat menjadi tumpuan adalah pada support 1.1692 (MagicS2). Namun, jika harga masih mengalami kejatuhan berkemungkinan disebabkan data keyakinan pengguna di Jerman dan juga ucapan daripada Presiden Draghi yang negatif, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.1651 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga menyambung semula kenaikan yang dibuat minggu lalu, jangkaan harga akan melepasi paras resistance 1.1791 (MagicR1) dan membuat Higher High yang baru melepasi ketinggian pada Jumaat lalu (1.18000) berkemungkinan di paras resistance 1.1832 (MagicR2). Dan seterusnya jika harga masih meneruskan kenaikan, harga berpotensi mencapai ke paras ketinggian support 1.1861 (MagicR3).

Perang dagang, isu Brexit, kemerosotan permintaan global dan beberapa lagi faktor-faktor yang lain banyak memainkan peranan dalam memberi kesan terhadap nilai matawang terutamanya EURO. Pantau isu-isu tersebut yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart EUR/USD. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk rujukan dalam analisis anda.

 

Paras support: 1.1721, 1.1692, 1.1651.

Paras resistance: 1.1791, 1.1832, 1.1861.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat