Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 29/1/2019

241

EURO didagangkan positif berbanding USD pada dagangan Isnin berikutan sentimen positif Brexit sebelum ini sementara menunggu keputusan undian Parlimen minggu ini. USD pula bergerak mendatar di mana pelabur masih berwaspada menjelang mesyuarat FOMC minggu ini yang dijangka akan memberi isyarat menghentikan proses kenaikan kadar faedah buat masa ini. Tidak lupa juga laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada Jumaat ini yang menjadi berita tumpuan setiap awal bulan dan menyebabkan pergerakan volatile harga khususnya pada pasangan matawang dolar USD. Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD semalam, EURO berjaya mencapai paras tertinggi 10 hari dagangan berbanding USD dan hampir mencapai kenaikan ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun kembali turun sedikit pada penghujung sesi pasaran New York dan menutup harga sekitar paras 1.1425.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga masih dilihat bergerak agak perlahan namun turun sedikit menyentuh paras Magic Pivot 1.1421 sebelum kembali bergerak mendatar sekitar paras 1.14300 sejak awal sesi bermula. Harga yang berjaya kekal didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut berkemungkinan akan meneruskan kenaikan dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 1.1450 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan menuju ke paras tumpuan iaitu pada zon SBR (support become resistance) dan menguji paras 1.1475 (MagicR2). Jika harga berjaya tembusi zon SBR tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya harga akan menuju ke paras sekitar 1.1505 (MagicR3) untuk mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart EUR/USD.

Namun jika harga kembali ditekan semula turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1421, harga dijangkakan akan menuju ke paras support pada 1.1396 (MagicS1) yang berada pada zon minor RBS (resistance become support) yang telah dicapai pada dagangan terendah harian semalam. Penurunan seterusnya pula berkemungkinan menuju pula ke paras tumpuan pada support lebih rendah iaitu di paras 1.1367 (MagicS2) sebelum harga berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.1342 (MagicS3).

Kawal posisi dagangan anda pada minggu ini menjelang berita-berita berimpak besar yang akan mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1396, 1.1367, 1.1342.

Paras resistance: 1.1450, 1.1475, 1.1505.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat