Analisis Teknikal GBP/AUD- Timeframe H1 – 17/8/2018

593

Para pelabur masih lagi merasa bimbang dan melihat GBP antara matawang yang agak berisiko. Kenyataan dovish daripada Bank of England (BOE) sebelum ini membuatkan matawang GBP terus didagangkan lemah.

Tambahan pula dengan data purata pendapatan di UK yang tidak mencapai jangkaan sekaligus melemahkan lagi matawang tersebut. Isu Brexit yang berlarutan juga memainkan peranan terhadap keyakinan pelabur ke atas negara itu.

Berbeza pula situasi di Australia di mana matawang AUD dilihat semakin positif dari masa ke masa. Aussie terus disokong oleh kenyataan dari Gabenor RBA Lowe yang menjangka langkah seterusnya dalam kadar faedah adalah menaik serta perkembangan ekonomi di negara itu yang akan turut meningkat beransur-ansur.

Jika diperhatikan sejak semalam, harga bagi pasangan matawang GBP/AUD dilihat bergerak agak mendatar begitu juga pada sesi pasaran Asia hari ini.

Namun harga dilihat membuat sedikit penurunan pada sesi pasaran London petang ini sehingga ke paras support semalam di sekitar 1.7460 setakat jam 5 petang. Harga masih bergerak di bawah garisan Moving Average 100 (MA100) dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support 1.74500, harga berkemungkinan bakal membuat penurunan dan mencari support sebelum ini pada paras 1.72800.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan, paras resistance yang bakal diuji adalah pada paras harga 1.76250.

Paras support: 1.74464, 1.73899, 1.73259.
Paras resistance: 1.75669, 1.76309, 1.76874.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat