Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 12/9/2018

1,008

Pada pandangan teknikal, dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY semalam kembali menguji paras resistance 145.600 sebelum ini dan gagal mencapai paras 146.000 sebelum kembali membuat penurunan ke zon daily pivot semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan sedikit lemah dan bergerak di sekitar zon daily pivot 145.200 dan harga semasa berada di sekitar paras 145.160 setakat jam 6.05 petang.

Jika harga membuat kenaikan dan menembusi (breakout) paras 145.600, berkemungkinan harga akan menuju ke paras resistance 146.099 (MagicR1) dan seterusnya ke resistance 146.787 (MagicR2). Paras resistance seterusnya di paras 147.673 (MagicR3) dilihat sebagai paras yang menjadi tumpuan harga jika kenaikan harga diteruskan.

Sebaliknya, jika isu Brexit kembali melemahkan matawang GBP, harga dijangka akan kembali membuat penurunan dan paras support terdekat dilihat pada paras 144.525 (MagicS1) dan seterusnya pada support 143.639 (MagicS2). Dan jika harga terus menyambung penurunannya, paras yang akan menjadi tumpuan adalah pada support 143.951 (MagicS3) yang juga berdekatan dengan zon major support pada paras 142.700. Pasaran akan melihat reaksi harga paras ini sebelum menjangka pergerakan seterusnya arah kecenderungan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY ini.

Ikuti perkembangan perjanjian Brexit dan sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line seperti yang tersedia pada chart.

 

Paras support: 144.525, 143.639, 142.951.

Paras resistance: 146.099, 146.787, 147.673.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat