Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 17/10/2018

587

Matawang Sterling terus mengukuh berbanding Yen pada dagangan semalam dan dapat dilihat pada chart pasangan matawang GBP/JPY yang menunjukkan lonjakan harga yang dibuat. Pada pandangan teknikal, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sejak awal sesi pasaran Asia sehingga ke paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line. Lonjakan harga yang dibuat turut disokong oleh laporan pekerjaan di UK yang positif dan menjangkakan pertumbuhan gaji di negara tersebut. Namun begitu, GBP kehilangan momentum kenaikan apabila pasaran kembali tertumpu kepada isu rundingan Brexit di mana laporan mengatakan berkemungkinan akan berlaku penangguhan oleh perjanjian tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan agak mendatar dan kemudiannya membuat sedikit penurunan pada lewat sesi menyentuh paras Magic Pivot 147.682 dan masih menguji paras tersebut bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga yang masih mampu mengekalkan semula momentum kenaikan yang dibuat semalam berkemungkinan akan naik menuju ke paras resistance 148.571 (MagicR1) terlebih dahulu. Kemudiannya, kenaikan harga seterusnya akan menguji paras resistance pada 149.292 (MagicR2) yang berada pada zon ketinggian harga yang telah beberapa kali diuji sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal melonjak dan mencari paras ketinggian baru berkemungkinan di paras 150.181 (MagicR3) di mana paras ini terakhir kali dicapai harga adalah pada awal Mei yang lalu.

Sebaliknya, jika sentimen pasaran kembali menyokong matawang Yen serta rundingan Brexit terus memberi kebimbangan terhadap pasaran, harga bakal mengalami kejatuhan semula. Penurunan harga yang dibuat melepasi paras Magic Pivot 147.682 dilihat akan menuju ke paras support 146.961 (MagicS1) untuk menguji zon tumpuan harga tersebut. Jika harga berjaya menembusi zon support tersebut dan membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan paras seterusnya yang akan dituju harga adalah pada support 146.072 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan melihat reaksi harga pada support 145.351 (MagicS3) jika penurunan harga masih diteruskan di mana paras tersebut berada pada zon major RBS (resistance become support) yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

Pantau sentimen pasaran semasa dan juga perkembangan rundingan Brexit menjelang sidang kemuncak EU. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 146.961, 146.072, 145.351.

Paras resistance: 148.571, 149.292, 150.181.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat