Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 8/2/2019

639

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada sesi dagangan semalam, pelabur yang gelisah menantikan keputusan penetapan dasar monetari oleh bank pusat England memberi peluang untuk Yen menekan harga ke paras lebih rendah. Pada sesi pasaran Eropah semalam, harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot melepasi paras support MagicS1 dan support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Kemudiannya, Sterling yang kembali mengukuh susulan kenyataan optimis daripada Gabenor Mark Carney telah melonjakkan kembali harga sehingga mencecah ke paras resistance MagicR1 sebelum harga kembali bergerak perlahan pada penghujung sesi dagangan New York.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak mendatar di atas paras Magic Pivot 141.978 hari ini sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga bergerak ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan menyambung kenaikan harga yang dilakukan semalam dan menuju ke paras resistance pada 142.836 (MagicR1). Kenaikan seterusnya harga dijangka akan menguji pula zon minor SBR (support become resistance) di paras 143.477 (MagicR2) dan lonjakan lebih tinggi harga bakal menguji semula zon support yang diuji pada minggu lalu di sekitar paras 144.335 (MagicR3).

Namun, jika dagangan pada chart GBP/JPY hari ini menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 141.978, harga bakal menguji kembali paras terendah dagangan semalam ketika terjunan harga selepas pengumuman kadar faedah oleh bank pusat semalam iaitu di sekitar paras 141.337 (MagicS1). Seterusnya, harga yang berjaya turun lebih rendah melepasi paras tersebut bakal menguji paras 140.479 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) semasa pada chart GBP/JPY. Jika momentum penurunan harga masih berjaya menekan harga ke paras lebih rendah dari paras tersebut, harga berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 139.838 (MagicS3) untuk harga mencatatkan paras terendah yang baru.

Terus pantau perkembangan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing memberi kesan terhadap dagangan Sterling dan Yen. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan dalam analisis teknikal anda setiap hari bagi mendapatkan hasil analisis yang lebih mantap.

 

Paras support: 141.337, 140.479, 139.838.

Paras resistance: 142.836, 143.477, 144.335.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat