Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 3/12/2018

297

Hari pertama untuk dagangan Disember ini dijangka menunjukkan pergerakan harga yang perlahan lebih-lebih lagi pada sesi pasaran Asia. Perkembangan isu Brexit akan kembali diberi tumpuan oleh para pelabur setelah fokus pada hujung minggu lalu lebih terarah kepada persidangan G20 di Argentina yang melibatkan dua Presiden ekonomi terbesar dunia, Trump dan Jinping. Dilihat kembali dagangan Jumaat lalu pada chart GBP/USD, harga yang dilihat cuba untuk membuat kenaikan namun gagal melepasi paras Magic Pivot sebelum kembali turun semula dan bergerak mendatar di paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sehingga dagangan minggu lalu berakhir.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat memulakan dagangan di sekitar paras terendah dagangan Jumaat lalu sebelum harga naik menguji paras Magic Pivot 1.2763. Harga yang berjaya melepasi paras Magic Pivot tersebut dilihat menuju ke paras resistance 1.2793 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian pada kenaikan harga Jumaat lalu. Jika harga berjaya lepasi paras tersebut, harga bakal meneruskan kenaikan menguji pula paras resistance 1.2838 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan akan menyentuh pula paras resistance 1.2686 (MagicR3) yang berada lebih tinggi.

Sebaliknya, jika isu Brexit kembali memberikan reaksi negatif oleh pasaran, berkemungkinan harga bakal mengalami kejatuhan semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini. Penurunan awal harga dilihat akan ke paras support terdekat iaitu pada paras 1.2719 (MagicS1) sebelum harga yang meneruskan penurunan akan menguji zon major support pada chart GBP/USD sekitar 1.2689 (MagicS2) yang gagal ditembusi harga sebelum ini ketika diuji pada dagangan penghujung Oktober lalu. Seterusnya, jika penurunan harga dilihat berjaya breakout paras resistance tersebut, harga berpotensi untuk turun mencari paras terendah yang baru di sekitar support 1.2644 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit pada minggu ini pula dan berwaspada pada pergerakan turun naik (volatile) harga pada minggu NFP ini. Lihat paras tumpuan harga pada chart GBP/USD anda dengan membandingkan paras-paras yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2719, 1.2689, 1.2644.

Paras resistance:  1.2793, 1.2838, 1.2868.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat