Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 14/12/2018

223

Setelah lonjakan bertenaga sehingga 190 pips kenaikan pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Rabu lalu, harga dilihat bergerak sederhana pada dagangan semalam dengan pasaran kembali berhati-hati menunggu perkembangan seterusnya dalam isu Brexit. Walaupun Perdana Menteri Britain Theresa May dilihat terus ditimpa pelbagai cabaran, namun kegigihan beliau meneruskan pendiriannya membuatkan pelabur masih melihat Britain mempunyai peluang untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada bulan Mac nanti beserta dengan perjanjian. Manakala USD turut didagangkan berhati-hati sementara pasaran menunggu data jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam nanti.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dilihat memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.2650 telah menunjukkan penurunan harga menuju ke paras support 1.2615 (MagicS1). Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras tersebut, paras support seterusnya yang berada lebih rendah sekitar 1.2574 (MagicS2) akan menjadi tumpuan harga seterusnya. Sedikit lagi penurunan dijangka akan menguji pula paras support pada 1.2538 (MagicS3) jika Sterling terus didagangkan merosot.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi semula dari paras Magic Pivot 1.2650 hari ini, harga dilihat akan menguji paras resistance 1.2691 (MagicR1) yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/USD. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal menuju ke paras resistance 1.2726 (MagicR2) terlebih dahulu sebelum kenaikan yang diteruskan seterusnya akan menuju pula ke paras resistance yang lebih tinggi di sekitar paras 1.2767 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih dilihat menggugat kepimpinan Theresa May dan membuatkan dagangan Sterling masih berisiko. Lihat paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras-paras yang berpengaruh pada chart GBP/USD dan memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2615, 1.2574, 1.2538.

Paras resistance:  1.2691, 1.2726, 1.2767.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat