Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 15/11/2018

339

Perkembangan terhadap rundingan Brexit semalam, Perdana Menteri Britain Theresa May berjaya mendapatkan kelulusan kabinet untuk draf cadangan Brexit selepas 5 jam mesyuarat berlangsung. Dengan itu, matawang GBP terus melonjak mengekalkan pengukuhan nilainya walaupun pergerakan harga agak tidak menentu semasa mesyuarat berlangsung ditambah lagi data inflasi UK semalam mencatatkan bacaan yang lemah. Namun keseluruhannya pelabur lebih tertumpu pada rundingan Brexit yang masih positif. Jika dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang GBP/USD, pergerakan besar harga yang tidak menentu (volatile) menguji beberapa kali paras Magic Pivot dan akhirnya berjaya membuat lonjakan hampir 200 pips sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada lewat sesi New York semalam.

Pada sesi Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan sekitar paras Magic Pivot 1.2978 hari ini dan cuba untuk membuat kenaikan bersambung ke sesi pasaran Eropah. Kenaikan harga dilihat akan menguji dahulu paras SBR (support become resistance) sebelum harga menuju ke paras resistance 1.3077 (MagicR1). Seterusnya, Sterling yang berjaya mengekalkan pengukuhan nilainya dijangka akan melonjakkan harga ke paras sekitar 1.3170 (Magic2) untuk harga menguji paras ketinggian harga sebelum ini yang dicapai pada minggu lalu. Dan sekiranya, harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras higher high yang baru pada chart GBP/USD berkemungkinan ke paras 1.3269 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah paras support 1.2884 (MagicS1) yang diuji beberapa kali semalam. Seterusnya, harga yang masih menyambung penurunan berkemungkinan menuju pula ke paras support yang lebih rendah sekitar paras 1.2785 (MagicS2) untuk mengatasi paras terendah harga minggu lalu. Dan seterusnya, harga bakal menguji zon major support sekitar paras 1.2692 (MagicS3) dan pasaran akan menilai reaksi harga pada paras tersebut.

Terus ikuti perkembangan Brexit di mana Perdana Menteri May masih berusaha untuk mendapatkan perjanjian yang terbaik. Kawal posisi dagangan anda pada chart GBP/USD yang terlihat agak tidak menentu dengan menentukan paras harga yang menjadi tumpuan pada chart GBP/USD seperti yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2884, 1.2785, 1.2692.

Paras resistance:  1.3077, 1.3170, 1.3269.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat