Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 16/11/2018

286

Dengan perkembangan yang positif di fasa-fasa akhir rundingan Brexit, pasaran dikejutkan lagi dengan babak kemuncak dalam drama Brexit di mana Dominic Raab telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Brexit. Malah, lebih mengeruhkan lagi keadaan, tindakan Raab itu turut disusuli oleh perletakan beberapa lagi jawatan penting dalam kerajaan Theresa May. Sejurus selepas berita perletakan jawatan itu menerjah pasaran, dapat dilihat kejatuhan pada nilai matawang Sterling di mana jika dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang GBP/USD, harga telah mengalami kejatuhan sehingga 300 pips dari paras 1.30250 ke paras 1.27250. Dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS2 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di sekitar paras terendah harga menjunam semalam dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2839 hari ini namun cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot tersebut. Jika harga gagal melepasi kenaikan pada Magic Pivot, jangkaan harga akan menyambung penurunan semula atas faktor pelabur masih merasakan kebimbangan terhadap rundingan Brexit semula. Sekiranya penurunan harga berjaya menembusi paras support 1.26900 sebelum ini, jangkaan harga akan menyambung penurunan menuju ke paras support 1.2649 (MagicS1) sebelum menuju ke paras support 1.2532 (MagicS2). Dan seterusnya jika harga masih berjaya membuat penurunan dengan mengekalkan momentum terjunan harga semalam, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.2342 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot, kenaikan harga berkemungkinan akan mencari paras resistance yang terhampir iaitu dilihat berada pada paras 1.2956 (MagicR1). Pasaran menunggu tindakan seterusnya daripada Perdana Menteri Theresa May sama ada mampukan beliau meyakinkan kembali pelabur terhadap rundingan Brexit dan jika beliau berjaya, berkemungkinan harga akan kembali membuat lonjakan besar semula dan kenaikan berpotensi untuk ke paras resistance seterusnya pada paras 1.3146 (MagicR2). Seterusnya, kenaikan harga yang lebih kukuh pada chart GBP/USD boleh mencapai paras ketinggian sehingga sekitar resistance 1.3264 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan seperti biasa anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang tak terjangka dalam pasaran. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda memilih posisi dagangan terbaik untuk chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2649, 1.2532, 1.2342.

Paras resistance:  1.2956, 1.3146, 1.3264.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat