Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 2/1/2019

252

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Isnin menunjukkan harga melonjak sehingga 130 pips sebagai penutup dagangan tahun 2018. Harga membuat kenaikan di sekitar paras Magic Pivot hari tersebut sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun semula ke paras resistance MagicR1 untuk menutup dagangan di sekitar paras tersebut. Lonjakan harga adalah berikutan kejatuhan nilai matawang USD sehingga memberi peluang untuk matawang utama yang lain untuk mengukuh termasuk Sterling. Di samping itu juga, pelabur akan terus memberi tumpuan terhadap perkembangan penting Brexit untuk bulan Januari ini.

Pada sesi pasaran Asia untuk permulaan dagangan 2019 ini, harga dilihat bergerak pasif di sekitar paras Magic Pivot 1.2754 hari ini dan menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras tersebut. Jika harga harga terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah, harga bakal menguji semula paras tumpuan sekitar 1.2692 (MagicS1) yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini pada chart GBP/USD. Seterusnya, penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji pula paras support 1.2619 (MagicS2) yang telah diuiji beberapa kali pada dagangan Disember namun masih gagal dilepasi harga. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga berkemungkinan boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.2557 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan yang dilakukan pada dagangan Isnin. Lonjakan awal harga dilihat akan menguji paras resistance pada 1.2827 (MagicR1) yang berada berhampiran dengan paras ketinggian lonjakan Isnin untuk harga mencatatkan paras ketinggian yang baru. Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi menuju ke paras sekitar 1.2889 (MagicR2) sebelum kenaikan seterusnya berpotensi mencapai paras ketinggian yang baru sehingga ke sekitar resistance pada 1.2961 (MagicR3).

Ikuti perkembangan penting isu Brexit untuk permulaan dagangan tahun ini yang terus dinanti-nantikan oleh para pelabur. Data perkilangan, pembuatan dan perkhidmatan di Britain turut akan menjadi tumpuan untuk dagangan minggu ini. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih jelas.

 

Paras support: 1.2692, 1.2619, 1.2557.

Paras resistance:  1.2827, 1.2889, 1.2961.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat