Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 28/12/2018

210

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan harga cuba untuk membuat kenaikan namun gagal melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line dan bergerak di sekitar paras tersebut sehingga dagangan sesi New York ditutup. Para pelabur akan menunggu perkembangan penting untuk isu Brexit pada Januari tahun hadapan dan sehingga itu, matawang Sterling dijangka akan terus didagangkan berhati-hati.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.2642 hari ini dilihat menunjukkan kenaikan yang dibuat menuju ke paras resistance 1.2671 (MagicR1) dan menguji paras tersebut buat seketika sehingga ke penghujung dagangan sesi Asia. Jika harga berjaya melepasi paras resistance tersebut yang berada pada  zon SBR (support become resistance) semasa pada chart GBP/USD, harga dijangka akan menuju ke paras resistance yang lebih tinggi sekitar paras 1.2702 (MagicR2). Seterusnya harga akan menguji paras ketinggian pada dagangan Jumaat lalu pada resistance 1.2730 (MagicR3) sekiranya kenaikan harga masih dapat diteruskan.

Sebaliknya jika harga gagal melepasi zon SBR 1.26700, harga berkemungkinan kembali membuat penurunan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot 1.2642 hari ini sebelum turun ke paras support terdekat pada 1.2611 (MagicS1). Penurunan seterusnya harga dijangka akan ke paras sekitar 1.2583 (MagicS2) dan sekiranya USD berjaya memberi tekanan terhadap Sterling, harga bakal mencecah penurunan sehingga ke paras support pada 1.2552 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit bersambung sehingga Januari tahun hadapan yang akan menentukan nasib Britain dan kesan-kesan berikutnya. Kawal risiko dagangan anda untuk penghujung 2018 dan terus menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai pelengkap untuk analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2611, 1.2583, 1.2552.

Paras resistance:  1.2671, 1.2702, 1.2730.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat