Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 30/10/2018

283

Matawang GBP masih didagangkan lemah dengan pasaran masih melihat rundingan Brexit sebagai isu utama yang mempengaruhi nilai matawang tersebut. Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond yang membentangkan belanjawan terbaru untuk Britain masih belum cukup untuk meningkatkan keyakinan para pelabur. Jika dilihat pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam, harga bergerak mendatar sejak awal sesi pasaran Asia namun pergerakan harga kemudiannya menunjukkan penurunan sehingga lewat sesi pasaran New York. Harga yang cuba membuat kenaikan dilihat menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras support pada 1.27900.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat cuba membuat kenaikan dari paras 1.27900 dan telah menuju ke paras Magic Pivot 1.2811 walaupun pergerakan harga dilihat agak perlahan. Jika harga gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan membuat penurunan melepasi paras support 1.27900 semalam dan menuju ke paras support 1.2711 (MagicS1). Seterusnya, harga yang masih meneruskan penurunan akan mencari paras lower low yang baru dan dilihat akan menuju ke paras support seterusnya pada paras 1.2749 (MagicS2). Dan jika USD terus menekan harga lebih rendah dengan Sterling terus didagangkan lemah, harga berpotensi untuk mencecah ke paras support pada 1.2709 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance yang terdekat iaitu pada 1.2833 (MagicR1) dilihat sebagai paras awal yang akan dituju harga. Kemudiannya, kenaikan harga yang diteruskan akan menjangkakan harga menguji paras resistance 1.2873 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada 1.2896 (MagicR3) pula adalah destinasi yang menjadi tumpuan harga seterusnya jika harga masih mengekalkan kenaikan harga.

Terus ikuti perkembangan semasa untuk rundingan i dan pasaran turut tertumpu pada pengumuman dasar monetari oleh BOE minggu ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi menentukan paras yang terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/USD.

 

Paras support: 1.2771, 1.2749, 1.2709.

Paras resistance: 1.2833, 1.2873, 1.2896.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat