Analisis Teknikal GBPJPY – Timeframe H1 – 10/8/2018

1,443

Tekanan terus dirasai bagi matawang GBP berikutan isu Brexit yang berlarutan serta laporan PMI perkhidmatan yang merosot. GBPJPY dilihat terus membuat penurunan melepasi paras harga semalam juga didorong oleh matawang JPY yang menguat.

Permintaan JPY yang meningkat disebabkan faktor kelemahan USD serta jangkaan data indeks harga pengguna yang lemah pada malam ini. Tambahan itu, kekuatan JPY juga disokong oleh data KDNK(GDP) yang baik pada pagi ini.

GBPJPY menyambung penurunan sejak sesi pasaran Asia pagi ini sehingga ke paras terendah sekitar 1.4104 sebelum dilihat membuat sedikit kenaikan setakat jam 5.30 petang ini. Harga menembusi (breakout) pada paras 142.340 iaitu paras terendah yang dicapai semalam sebelum membuat penurunan sehingga lebih 100pips.

Jika harga berjaya menembusi paras support 141.57, harga berpotensi untuk turun lebih rendah sehinga mencapai paras 140.500 atau lebih rendah lagi jika pasaran kekal dalam sentimen risk-off.

Paras support: 141.967, 141.572, 140.817.
Paras resistance: 143.117, 143.872, 144.267.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat