Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 15/10/2018

217

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD pada penghujung minggu lalu dilihat gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras resistance 1.30700. Pada dagangan Jumaat, harga membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS1 sebelum kembali membuat kenaik semula ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di sekitar paras Magic Pivot 1.3025 di mana harga dilihat gagal tembus ke paras lebih tinggi sehingga ke sesi pasaran Eropah dan harga berada pada paras 1.30200 setakat jam 3.02 petang. Jika harga membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menguji paras support 1.2997 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan menuju ke paras support seterusnya yang berada di paras 1.2975 (MagicS2) sebelum penurunan harga yang diteruskan bakal mencecah ke paras support 1.2947 (MagicS3) yang berada lebih rendah.

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh dan melonjakkan harga semula, harga dilihat akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.3047 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum harga meneruskan kenaikan untuk menguji paras resistance 1.3075 (MagicR2) yang menjadi zon paras ketinggian yang beberapa kali telah diuji harga sebelum ini. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian terbaru dan paras yang dilihat berpotensi dicapai harga adalah pada 1.3098 (MagicR3).

Teruskan mengkaji kesihatan ekonomi semasa di Kanada menjelang data inflasi dan jualan runcit pada Jumaat ini dalam memantau pergerakan harga chart USD/CAD. Lihat juga pada indicator Moshed Magic Line yang menyediakan paras-paras tumpuan harga bagi memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2997, 1.2975, 1.2947.

Paras resistance: 1.3047, 1.3075, 1.3098.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat