Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 16/11/2018

175

Matawang dollar CAD kembali mengukuhkan nilainya dalam pasaran semasa di tengah-tengah kekecohan yang berlaku pada dagangan semalam di mana tumpuan pasaran terarah kepada perkembangan Brexit. Pasaran minyak dilihat kembali stabil dan menyokong matawang Loonie untuk mengukuh semula di samping laporan bahawa OPEC bakal mengurangkan pengeluaran sekaligus akan memberi kesan positif terhadap harga minyak mentah. Selain itu juga, matawang komoditi Loonie ini juga turut mendapat reaksi yang positif ekoran ketegangan perang dagang antara AS-China kembali reda. Oleh itu, dapat dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang USD/CAD di mana pengukuhan CAD telah berjaya menekan harga dari paras Magic Pivot semalam sehingga penurunan sekitar 80 pips dan hampir menyentuh paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat menyambung penurunan yang dibuat harga semalam namun pergerakan harga dilihat agak perlahan. Harga yang bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.3194 hari ini mula bergerak mendatar menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada sekitar paras 1.31600 setakat jam 3.17 petang. Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras support yang hampir iaitu pada paras 1.3138 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan menuju pula ke paras support 1.3100 (MagicS2) jika penurunan harga masih diteruskan. Dan penurunan seterusnya bakal menyaksikan harga menguji paras support pada 1.3045 (MagicS3) yang juga merupakan paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD.

Namun, jika USD berjaya mengukuh kembali berbanding Loonie, harga bakal membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot 1.3194 dan menuju pula ke paras resistance 1.3232 (MagicR1). Seterusnya jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi mengatasi paras ketinggian harga semasa pada 1.32600, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3287 (MagicR2) untuk harga menguji paras tumpuan harga tersebut. Dan sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai kenaikan sehingga ke paras setinggi 1.3325 (MagicR3).

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah dunia dan juga isu perang dagang yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/CAD anda dengan membandingkan paras-paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3138, 1.3100, 1.3045.

Paras resistance: 1.3232, 1.3287, 1.3325.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat