Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 18/10/2018

216

Jika diteliti pergerakan harga pada pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam, harga dilihat konsisten membuat kenaikan sejak awal sesi pasaran Asia bermula bersambung sehingga sesi pasaran New York berakhir. Kenaikan harga dari paras Magic Pivot semalam telah melepasi paras resistance MagicR1 sebelum menutup harga sedikit rendah dari paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Kenaikan yang dibuat harga disokong oleh pengukuhan nilai USD dengan minit mesyuarat FOMC yang hawkish dan juga faktor harga minyak yang menjejaskan matawang Loonie.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kelihatannya masih menyambung kenaikan yang dibuat sejak semalam dan telah pun mencapai paras resistance 1.3049 (MagicR1) pada awal sesi pasaran Eropah bermula. Harga semasa masih bergerak menguji paras resistance tersebut setakat jam 2.45 petang. Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3084 (MagicR2) untuk harga cuba mengatasi paras ketinggian harga sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan melonjak lebih tinggi berkemungkinan mencapai paras resistance pada 1.3143 (MagicR3).

Namun, jika sebaliknya yang berlaku dalam pasaran, harga boleh mengalami kejatuhan semula dan membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.2991 hari ini sebelum harga menuju pula ke paras support yang terdekat iaitu pada 1.2956 (MagicS1). Momentum penurunan harga yang dikekalkan kemudiannya menjangkakan harga akan breakout paras RBS (resistance become support) di 1.29300 untuk harga turun lebih rendah ke paras support 1.2897 (MagicS2) pula. Dan sekiranya harga masih mampu untuk turun ke paras lebih rendah, paras support pada 1.2862 (MagicS3) dilihat paras seterusnya yang menjadi destinasi harga.

Walaupun sebelum ini CAD positif dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC), namun pengukuhan USD dengan sentimen pasaran yang semakin pulih serta minit mesyuarat FOMC yang bernada hawkish berjaya melonjakkan harga pada chart USD/CAD. Perhatikan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan berpandukan oleh paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2956, 1.2897, 1.2862.

Paras resistance: 1.3049, 1.3084, 1.3143.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat