Laporan berkenaan kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran pada dagangan semalam terus mengundang mimpi ngeri buat matawang dollar CAD di mana nilai matawangnya terus didagangkan merosot berbanding matawang utama yang lain. Di samping itu juga, fokus pasaran adalah terhadap data inflasi di Kanada pada malam ini yang turut dijangka lemah. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD terus menunjukkan lonjakan walaupun matawang dollar USD masih didagangkan berisiko. Kenaikan harga pada dagangan semalam dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line itu telah merekodkan paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD untuk tahun ini di mana paras tersebut terakhir kali dicapai adalah sejak Jun 2017 yang lalu. Selepas harga mencapai paras ketinggian sehingga sekitar 1.34970, harga kembali pantul semula membuat penurunan pada penghujung dagangan New York dan terus bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini.
Pada sesi pasaran Asia, harga yang dilihat menyambung penurunan dari paras ketinggian semalam kemudian dilihat bergerak perlahan dan mendatar di aras paras Magic Pivot 1.3450 hari ini sehingga ke sesi pasaran Eropah dibuka. Jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah, berkemungkinan harga akan kembali menyambung kenaikan harga semalam dan menuju ke paras resistance 1.3510 (MagicR1) untuk harga mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam. Seterusnya harga akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan tahun ini sehingga ke paras resistance 1.3557 (MagicR2). Namun, jika momentum kenaikan terus berjaya dikekalkan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru sehingga sekitar 1.3616 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga membuat penurunan lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 1.3450, harga dilihat akan turun ke paras support terdekat dahulu di paras 1.3403 (MagicS1). Kemudian, terlihat paras resistance yang lebih rendah di sekitar 1.3344 (MagicR2) yang bakal menjadi tumpuan harga jika penurunan harga diteruskan. Dan sekiranya harga kekal mengalami kejatuhan, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3297 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global dari semasa ke semasa jika anda ingin terus memantau perubahan nilai matawang Loonie dan jangan lupa data inflasi Kanada yang akan dikeluarkan jam 9.30 malam nanti. Tentukan paras-paras berpengaruh pada chart USD/CAD dengan rujukan pada indicator Moshed Magic Line setiap hari.
Paras support: 1.3403, 1.3344, 1.3297.
Paras resistance: 1.3510, 1.3557, 1.3616.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI