Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 20/8/2018

856

Pasaran pada minggu lepas dilihat agak bercelaru ekoran sentimen pasaran global yang sentiasa berubah hampir setiap hari sepanjang minggu. Matawang USD didagangkan bercampur-campur dan berjaga-jaga terhadap setiap kenyataan oleh Presiden Donald Trump.

Sentimen semasa buat masa ini tidak menyebelahi USD ditambah lagi dengan jangkaan terdapat aktiviti pengambilan untung bagi posisi belian USD menjelang minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis ini.

CAD pula dilihat membuat kejutan pada Jumaat lalu dengan data indeks harga  pengguna mencatatkan bacaan yang sangat baik daripada jangkaan serta yang tertinggi sejak 2011. Berkemungkinan kadar faedah di Kanada pada bulan Oktober akan dinaikkan oleh bank pusat.

Dari segi teknikal, harga dilihat masih belum mampu menembusi (breakout) paras resistance di 1.31700 dan pada Jumaat lalu, catatan yang baik oleh indeks harga pengguna di Kanada membuatkan harga membuat penurunan sehingga paras harga sekitar 1.3060.

Namun, sejak dari sesi Asia dibuka hari ini (Isnin), harga masih bergerak perlahan dan mendatar di zon paras support 1.30600 sebelum ini. Jika sentimen terus menyokong CAD, harga mungkin ditekan lebih rendah ke paras support 1.29650 atau lebih rendah lagi. Tetapi, jika sentimen bertukar dan menyebelahi USD, harga mampu melonjak ke paras 1.31700 iaitu paras resistance sebelum ini yang belum berjaya ditembusi.

Paras support: 1.30185, 1.29758, 1.29003.
Paras resistance: 1.31367, 1.32122, 1.32549.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat