Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 23/11/2018

398

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat lebih memihak kepada dollar CAD di mana harga terus ditekan ke paras lebih rendah. Walaupun pasaran minyak mentah tidaklah begitu stabil buat masa ini, namun kejatuhan nilai USD pada dagangan semalam mendorong harga untuk terus bergerak lebih rendah. Pelabur juga berkemungkinan melihat Loonie terus positif menjelang data inflasi dan jualan runcit di Kanada yang akan dikeluarkan malam ini di mana kedua-dua data tersebut dijangka mencatatkan angka yang positif. Dengan itu, jika dilihat pada pergerakan chart USD/CAD semalam, harga yang sememangnya bergerak rendah dari paras Magic Pivot terus membuat penurunan sehingga ke paras lebih rendah dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Terus bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan dan menguji paras Magic Pivot 1.3204 hari ini sehingga awal sesi pasaran Eropah memulakan dagangannya. Jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot untuk ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan terus mengalami kejatuhan dan menuju ke paras support 1.3163 (MagicS1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga akan turun menguji pula paras RBS (resistance become support) pada chart USD/CAD sekitar 1.3141 (MagicS2) dan jika harga berjaya menembusi paras ini, harga dijangka akan meneruskan penurunan sehingga ke paras 1.3100 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini dan terus menyambung kenaikan lebih tinggi, dilihat paras resistance yang berhampiran iaitu pada 1.3226 (MagicR1) berkemungkinan akan ditembusi harga. Kemudiannya harga akan menuju pula ke zon resistance yang menjadi tumpuan sebelum ini iaitu pada paras 1.3267 (MagicR2). Seterusnya, sedikit lagi kenaikan akan menguji pula paras resistance 1.3290 (MagicR3) yang juga berada di zon tumpuan harga tersebut.

Tumpuan adalah pada data inflasi dan jualan runcit di Kanada pada jam 9.30 malam nanti. Lihat paras-paras yang berpengaruh pada indicator Moshed Magic Line dan bandingkan pada pergerakan harga pada chart USD/CAD. Kawal dagangan anda sebaik mungkin sebagai dagangan penutup minggu ini.

 

Paras support: 1.3163, 1.3141, 1.3100.

Paras resistance: 1.3226, 1.3267, 1.3290.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat