Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 26/9/2018

236

Setelah rundingan dilihat berjalan lancar sebelum ini, pasaran mula melihat rundingan NAFTA kembali berisiko apabila menurut pegawai tertinggi AS, Kanada enggan untuk memberikan konsesi kepada Amerika Syarikat. Hal ini bakal membuatkan nilai matawang CAD terjejas dalam pasaran terdekat. Pada dagangan semalam, pergerakan harga pada chart USD/CAD dilihat tidak berjaya melepasi paras resistance MagicR1 sebelum turun semula ke paras Magic Pivot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, pergerakan harga agak perlahan dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.2952 sehingga sesi pasaran Eropah. Pergerakan harga dijangka terus perlahan di mana pasaran masih menunggu pengumuman dasar monetari FOMC pada awal pagi nanti.

Secara teknikal, jika USD mula mengukuh dan harga membuat lonjakan, jangkaan harga akan melepasi paras resistance 1.2970 (MagicR1) melepasi paras ketinggian harga pada dagangan semalam. Kemudian, harga dijangka meneruskan kenaikan ke paras resistance 1.2989 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Dan jika harga berjaya melepasi paras tersebut, berkemungkinan harga akan mencapai paras ketinggian baru pada 1.3007 (MagicR3) atau lebih tinggi lagi.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2952, harga dijangka akan turun lebih rendah menuju ke paras support 1.2933 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 1.2916 (MagicS2). Jika harga masih ditekan lebih rendah, pasaran akan melihat harga menguji paras major support 1.29000 yang juga berdekatan dengan paras support 1.2896 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line dimana harga masih belum berjaya menembusi zon tersebut ke paras yang lebih rendah.

Presiden Trump yang dilaporkan bahawa beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden Iran, Rouhani turut memberi tekanan terhadap matawang CAD. Ditambah pula pasaran yang menjangkakan kenaikan kadar faedah pada pengumunan dasar FOMC awal pagi nanti, adakah Loonie akan terus tertekan? Jadikan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras terbaik untuk posisi trading anda pada chart USD/CAD ini.

 

Paras support: 1.2933, 1.2916, 1.2896.

Paras resistance: 1.2970, 1.2989, 1.3007.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat