Analisis teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 9/1/2018

398

USD/CAD masih dalam mood bearish berikutan data positif Kanada ditambah pula kelemahan data USD selepas laporan data pekerjaan USD yang meleset tempoh hari.  Secara teknikal, USD/CAD mulai stabil ketika ini dan mulai membuat pergerakan kenaikan retracement dengan dagangan masih di bawah paras harga 1.2500.

Dan jika diperhatikan di timeframe mingguan, candlestick telah membentuk reversal signal iaitu pattern three black crows yang menunjukkan mood bearish masih dikuasai ketika ini. Oleh itu, target masih dilihat ke arah downside ketika ini dan sebarang kenaikan adalah peluang untuk ‘short’.

Target yang berpotensi dicapai adalah 1.2314 diikuti 1.2250 selagi ia tidak breakout harga Key Resistance 1.2500. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance ini, USD/CAD akan mulai mengorak langkah untuk bullish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat