Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 13/12/2018

170

Pada sesi dagangan Rabu semalam, matawang USD dilihat didagangkan lemah berbanding Yen dan dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY, harga yang gagal melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line kemudiannya ditekan ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam. Nilai matawang USD pada sesi pasaran New York sedikit menyusut ekoran data inflasi tahunan yang dikeluarkan semalam menunjukkan bacaan angka yang menurun bagi bulan November. Oleh itu, harga gagal mengekalkan siri kenaikan harga yang dilakukan sejak awal minggu ini dari paras terendah minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan sejak awal sesi bermula sehingga melepasi paras Magic Pivot 113.321 dan meneruskan lagi kenaikan ke paras resistance 113.492 (MagicR1). Harga menguji paras resistance tersebut buat seketika pada penghujung dagangan sesi Asia. Jika harga meneruskan kenaikan mengatasi paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 113.703 (MagicR2) yang merupakan paras tumpuan harga pada chart USD/JPY ini. Dan sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, kenaikan seterusnya berkemungkinan mencatatkan paras ketinggian di sekitar paras 113.874 (MagicR3).

Namun, jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dan menunjukkan penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga berkemungkinan akan kembali membuat penurunan seperti yang dilakukan semalam. Penurunan awal dilihat akan ke paras support 113.110 (MagicS1) untuk harga menguji paras tersebut dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah. Penurunan seterusnya dilihat akan cuba untuk melepasi paras support 112.939 (MagicS2) sebelum harga turun lebih rendah menguji pula paras tumpuan harga di sekitar paras 112.728 (MagicS3).

Terus beri tumpuan pada perubahan dalam sentimen pasaran semasa yang memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dan bandingkan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan analisis yang lebih jelas.

 

Paras support: 113.110, 112.939, 112.728.

Paras resistance: 113.492, 113.703, 113.874.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat