Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 16/1/2019

176

Jika diimbas kembali pada pergerakan harga bagi chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga membuat kenaikan sejak awal sesi pasaran Asia bermula semalam selepas laporan tindakan China untuk memotong kadar cukai untuk merancakkan kembali ekonomi. Kenaikan harga dari paras Magic Pivot itu telah melepasi paras resistance MagicR1 dan hampir mencecah kenaikan ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga kembali membuat penurunan menuju ke paras Magic Pivot semula sebelum dagangan pada sesi New York melihatkan harga bergerak di antara paras resistance MagicR1 dan MagicR2 hingga dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga menunjukkan sedikit penurunan pada awal dagangan bermula sehingga melepasi paras Magic Pivot 108.500 hari ini. Kemudiannya, harga dilihat bergerak mendatar paras Magic Pivot tersebut sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga terus membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan menguji dahulu paras support pada paras 108.238 (MagicS1) sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke sekitar paras terendah pada dagangan Khamis minggu lalu sekitar 107.850 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga akan melihatkan harga menyentuh paras support pada 107.588 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada sekitar 108.888 (MagicR1). Seterusnya, harga bakal meneruskan kenaikan untuk menguji pula paras 109.150 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart USD/JPY. Dan sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon SBR tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya harga akan mencecah ke paras sekitar 109.538 (MagicR3).

Terus pantau perubahan pada sentimen pasaran semasa yang terus mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Berpandukan indicator Moshed Magic Line, kawal risiko pada setiap posisi dagangan anda untuk mendapatkan keputusan dagangan yang lebih baik.

 

Paras support: 108.238, 107.850, 107.588.

Paras resistance: 108.888, 109.150, 109.538.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat