Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 21/11/2018

170

Pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven USD/JPY pada dagangan semalam dilihat membuat penurunan sejak sesi pasaran Asia dari paras Magic pivot semalam dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, sentimen pasaran semasa yang kembali dilihat berisiko kembali melonjakkan matawang USD pada sesi pasaran New York semalam dari paras support MagicS1 dan membuat kenaikan sehingga ke paras resistance MagicR1 setelah mengatasi paras Magic Pivot sebelumnya. Matawang USD yang sebelum ini didagangkan berisiko berikutan komen FED yang bernada dovish serta data ekonomi AS yang perlahan kemudiannya kembali mengukuh kembali setelah mendapat permintaan dalam pasaran membantu melonjakkan harga pada chart USD/JPY.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan dengan membuat sedikit penurunan berhampiran paras Magic Pivot 112.623 hari ini kemudiannya kembali menyambung kenaikan yang dilakukan harga semalam dan menuju ke paras resistance 112.951 (MagicR1) namun sebelum sempat harga menyentuh paras tersebut, harga membuat sedikit penurunan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, harga dijangka akan menuju pula ke paras resistance 113.165 (MagicR1) yang merupakan paras tumpuan harga sebelum ini. Seterusnya, kenaikan yang diteruskan berpotensi untuk mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 113.493 (MagicR3).

Namum, jika harga kembali membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga bakal menuju ke paras support terdekat sekitar 112.409 (MagicS1) dan akan menguji zon terendah harga yang diuji semalam. Harga yang berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras tersebut dijangka akan mencari paras terendah yang baru sekitar paras support 112.081 (MagicS2). Harga yang masih mengekalkan momentum penurunan harga dilihat boleh mencecah sehingga ke paras serendah 111.867 (MagicS3).

Terus beri tumpuan terhadap sentimen pasaran semasa yang memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven USD/JPY. Berwaspada juga terhadap komen dari Presiden Donald Trump yang menjurus kepada kadar faedah yang lebih rendah dari FED. Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan membandingkan dengan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 112.409, 112.081, 111.867.

Paras resistance: 112.951, 113.165, 113.493.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat