Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 25/9/2018

291

Secara pandangan teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY adalah dilihat paling konsisten membuat kenaikan sejak tiga minggu berturut-turut. Dagangan pada semalam (Isnin) telah dijangka perlahan untuk permulaan minggu. Namun, pada sesi pasaran Asia hari ini, harga telah dilihat membuat sedikit kenaikan dan berjaya membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu.

Harga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 112.667 hari ini dan mencapai ketinggian di paras resistance 112.932 (MagicR1) dan harga masih menguji paras tersebut setakat jam 3.28 petang. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, paras ketinggian seterusnya yang dilihat akan dicapai adalah pada resistance 113.091 (MagicR2). Dan jika harga masih meneruskan kenaikan dan membuat Higher High yang baru, jangkaan harga berpotensi untuk mencapai paras 113.356 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga telah kehilangan momentum kenaikannya, harga dijangka akan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras support 112.508 (MagicS1). Jika harga berjaya menembusi paras tersebut dan bergerak lebih rendah, harga berkemungkinan menuju ke paras support 112.243 (MagicS2) dan seterusnya menguji paras support 112.084 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Adakah pada minggun ini USD/JPY akan mengekalkan konsistensi kenaikan yang telah dibuat pada minggu lalu? Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dalam menentukan kecenderungan arah pergerakan harga bagi USD/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 112.508, 112.243, 112.084.

Paras resistance: 112.932, 113.091, 113.356.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat