Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 27/9/2018

373

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan menyentuh paras resistance MagicR1 pada sesi pasaran Eropah dan harga mula turun semula ke paras Magic Pivot pada sesi pasaran New York. Setelah pengumuman dasar monetari pada mesyuarat FOMC semalam, harga membuat lonjakan dari paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kemudian turun semula dan bergerak lebih rendah dari paras support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada awalnya didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 112.830 hari ini. Harga kemudian membuat sedikit kenaikan ke paras Magic Pivot sebelum turun semula bergerak lebih rendah di mana harga semasa didagangkan pada paras 112.69 setakat jam 2.27 petang. Jika harga terus membuat penurunan, harga dilihat akan menuju ke paras support 112.516 (MagicS1) yang berada berdekatan dengan zon RBS (resistance become support) yang sebelum ini dilihat pada paras 112.400. Jika harga berjaya breakout dan membuat penurunan lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 112.100 setelah harga berjaya melepasi paras support 112.318 (MagicS2) terlebih dahulu. Paras seterusnya yang dilihat menjadi tumpuan harga jika harga terus membuat kejatuhan adalah pada paras support 112.004 (MagicS3) yang juga dilihat berada pada zon RBS sebelum ini.

Sebaliknya, jika harga kembali meneruskan kenaikan yang dibuat sejak beberapa minggu lalu secara konsisten, harga dijangka akan menembusi (breakout) paras resistance 113.028 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance yang lebih tinggi yang dilihat pada paras 113.342 (MagicR2). Seterusnya, jika harga masih meneruskan momentum kenaikannya, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian pada resistance 113.540 (MagicR3) atau lebih tinggi lagi.

Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY ini. Dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai salah satu panduan untuk rujukan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 112.516, 112.318, 112.004.

Paras resistance: 113.028, 113.342, 113.540.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat