Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 30/10/2018

293

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY memaparkan kisah yang berbeza pada sesi pasaran yang berbeza. Sentimen pasaran yang dilihat kembali pulih pada sesi pasaran Eropah semalam kemudiannya telah dilihat berisiko semula ekoran isu perang dagang antara AS-China semakin berlanjutan dengan laporan mengatakan bakal ada tambahan tarif yang baru oleh Amerika terhadap China. Dengan sentimen pasaran yang dilihat pulih pada sesi pasaran London, matawang Yen didagangkan lebih lemah berbanding USD dengan chart pasangan USD/JPY menunjukkan harga membuat kenaikan semula dari paras Magic Pivot dan melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum Yen kembali menekan harga semula dengan sentimen pasaran risk-off pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 112.231 hari ini kemudiannya dilihat telah menyambung kenaikan ke paras resistance 112.689 (MagicR1). Jika harga meneruskan lagi kenaikan, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 113.022 (MagicR2) selepas berjaya melepasi paras ketinggian harga sebelum ini sekitar paras 112.900. Sekiranya harga terus melonjak ke paras lebih tinggi, jangkaan destinasi seterusnya yang menjadi tumpuan harga adalah pada paras 113.480 (MagicR3).

Namun, jika sentimen kekal dilihat berisiko dalam pasaran, berkemungkinan matawang Yen akan terus mendapat permintaan semula dan dengan itu, harga bakal membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras support 111.898 (MagicS1). Seterusnya, jangkaan paras support yang lebih rendah yang bakal dituju harga berada pada paras 111.440 (MagicS2) untuk harga menguji paras terendah yang dicapai pada Jumaat lalu. Dan jika harga berjaya breakout paras support tersebut, harga dijangka akan mencecah ke paras 111.107 (MagicS3).

Sentiasa berhati-hati dan mengawal risiko ke atas dagangan anda pada chart USD/JPY yang banyak dipengaruhi oleh perubahan sentimen pasaran semasa. Teliti data-data ekonomi yang turut memberi kesan ke atas faktor tersebut. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 111.898, 111.440, 111.107.

Paras resistance: 112.689, 113.022, 113.480.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat