Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 4/12/2018

203

Sentimen pasaran global dilihat kembali pulih setelah matawang Yuan China kembali mengukuh dengan People’s Bank of China (PBOC) mencatatkan kenaikan terbesar sejak Jun 2017 lalu. Matawang USD terkesan atas faktor sentimen yang positif ini dengan tarikan pelabur akan kembali terarah kepada aset berpulangan tinggi dan hal ini akan melemahkan matawang safe-haven USD dan juga Yen. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY semalam menunjukkan harga membuat penurunan sejak sesi pasaran Asia dari paras resistance MagicR1 ke paras Magic Pivot namun harga kembali membuat kenaikan semula ke paras resistance MagicR1 pada penghujung dagangan sesi New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga menunjukkan penurunan dari paras Magic Pivot 113.607 dan turun melepasi paras support 113.399 (MagicS1). Penurunan harga disambung sehingga ke paras support 113.160 (MagicS2) dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut pada penghujung dagangan sebelum sesi Asia berakhir. Jika harga terus mengekalkan momentum penurunan, harga akan menguji paras resistance yang berada di paras 112.952 (MagicS3).

Namun, jika USD kembali mengukuh dan berjaya melonjakkan harga semula sehingga bergerak lebih tinggi dari Magic Pivot, harga dilihat akan menuju ke paras support 113.846 (MagicR1). Seterusnya harga akan naik menguji pula zon ketinggian semasa pada chart USD/JPY di paras resistance 114.054 (MagicR2). Kemudian, kenaikan lebih tinggi akan melihatkan harga mencapai paras ketinggian yang baru di paras sekitar 114.293 (MagicR3).

Terus ikuti perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa yang menjadi faktor utama menggerakkan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 113.399, 113.160, 112.952.

Paras resistance: 113.846, 114.054, 114.293.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat