Analisis Teknikal USDCAD – Timeframe H1 – 10/8/2018

806

USD dilihat mengukuh pada sesi pasaran London pada petang ini dengan tumpuan terhadap jangkaan yang positif untuk data indeks harga pengguna (CPI) pada malam ini. Data CPI dijangka akan meningkat kepada 0.2% daripada 0.1% sebelumnya.

Dapat diperhatikan tekanan yang diberikan dan dominasi oleh matawang USD terhadap pasangan matawang-matawang utama yang lain. Matawang CAD pula menguat semalam namun tumpuan adalah pada data pekerjaan (employment) pada malam ini. Jangkaan data yang lemah ekoran daripada data Ivey PMI yang merosot pada selasa lepas memberi lebih tekanan terhadap matawang CAD .

Secara teknikal, USDCAD menunjukkan kenaikan semalam daripada paras 1.30000 sehingga paras tertinggi semalam pada harga 1.30650. Harga bergerak perlahan pada sesi Asia pagi ini dan USD mula menguat pada sesi pasaran London.

USDCAD berjaya menembusi (breakout) pada paras resistance semalam dan terus membuat kenaikan ke arah paras resistance sekitar 1.31200. Jika indeks harga pengguna mencatatkan data yang positif, harga berkemungkinan melonjak lebih tinggi.

Paras support: 1.30108, 1.29730, 1.29465.
Paras resistance: 1.30751, 1.31016, 1.31394.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat