Ancaman Utama Jangkitan COVID-19 Rupanya Trump!

1,072

Tiada siapa sangka rupanya tunjang utama kepada maklumat palsu berkaitan COVID-19 merupakan figura dikenali ramai, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Cornell University, sekurang-kurangnya 37.8% maklumat palsu berkenaan wabak tersebut datangnya daripada pemerintah itu.

Perkara ini meletakkan Trump sebagai punca utama kepada percanggahan idea berkenaan wabak itu terutama melibatkan rawatan dan penawar koronavirus.

Kajian yang dikeluarkan semalam telah menggariskan 11 topik berkaitan maklumat palsu oleh presiden itu, merangkumi beberapa subtopik seperti teori konspirasi penularan COVID-19 merupakan usaha daripada parti Demokrat.

Tidak lupa juga dengan dakwaan Trump terhadap penggunaan dadah anti-malaria, hydroxychloroquine sebagai “vaksin ajaib” walaupun telah diberi amaran risiko kesan sampingan oleh US Food and Drug Administration (FDA).

Lagi tidak masuk akal, Trump pernah mengeluarkan kenyataan tentang suntikan bahan pembasmi kuman mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminit.

Yang terbaru, Trump berjanji 100 juta vaksin bagi SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan koronavirus akan diedarkan pada Oktober. Dakwaan itu dipersoalkan oleh barisan pakar kesihatan temasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bukan biasa-biasa dakwaan presiden ini! Seperti yang sedia maklum, ketika dunia sedang kalut menangani wabak membunuh, maklumat palsu akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia kritikal.

Sehingga kini, dunia sedang menanggung lebih 7 juta kes aktif dengan kematian sebanyak 1,027,624.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat