Angka Jumlah Tuntutan Pengangguran A.S Membimbangkan – Bagaimana Dengan Pasaran Buruh?

242

Tuntutan pengangguran mingguan pada minggu lepas hanya mencatat penurunan yang sedikit dari tahap tinggi yang dicatat pada minggu lalu berikutan penularan wabak Covid-19 terus mencengkam ekonomi Amerika Syarikat (A.S)

Jabatan Tenaga Kerja baru sahaja mengeluarkan laporan mingguan tuntutan pengangguran. Berikut merupakan perincian yang dilaporkan dalam laporan tersebut:

  • Tuntutan pengangguran awal, minggu yang berakhir pada 16 Januari catat jumlah tuntutan pengangguran sebanyak 900,000 berbanding anggaran sebanyak 935,000.
  • Dalam masa yang sama jumlah tuntutan pengangguran berterusan bagi minggu yang berakhir pada 9 Januari adalah sebanyak 5.054 juta berbanding anggaran 5.3 juta.

Tuntutan pengangguran awal terus mencatat angka yang besar iaitu pada paras 900,000 selama 2 minggu berturut-turut. Penularan wabak Covid-19 yang semakin marak telah membebani pasaran buruh.

Pasaran mengharapkan pasaran buruh semakin baik dengan rangsangan fiskal tambahan yang diluluskan oleh Kongres pada bulan lalu dapat mengurangkan pengangguran di Amerika.

Turut dimaklumkan bahawa pada bulan Disember, ekonomi A.S. angka rakyat Amerika kehilangan pekerjaan telah mencatat peningkatan buat pertama kali sejak April. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pekerjaan sektor perkhidmatan yang lemah.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama terus mencatat penyusutan sebanyak 0.40% kepada paras tukaran 90.097 susulan laporan ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat