Angkara BOC, Loonie Susut Lebih Tinggi!

310

Bank of Canada (BOC) mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah semalaman tidak berubah pada kadar 0.25% seperti jangkaan. Kadar bank dan kadar deposit masing-masing dikekalkan pada 0.50% dan 0.25%. Ini membawa indikasi bahawa petunjuk yang dikemukakan sebelum ini akan tetap terpakai iaitu kenaikan kadar faedah berkemungkinan akan berlaku pada separuh tahun kedua 2022.

Bank pusat juga masih meneruskan pengurangan sasaran pembelian aset mingguan daripada dolar kanada 3 billion kepada dolar kanada 2 bilion. Penyesuaian ini dilakukan berdasarkan pemulihan dan keyakinan Bank Pusat terhadap prospek ekonomi Kanada.

Dengan penularan Covid-19 gelombang ke-3 yang semakin berkurangan, BOC menjangkakan pertumbuhan ekonomi bertumbuh pada kadar 6% pada tahun 2021. Bacaan ini sedikit berkurangan daripada unjuran yang dikeluarkan pada bulan April.

Mengenai inflasi, harga petrol yang tinggi dengan kesulitan dalam bekalan yang berterusan membawa indikasi bahawa kadar inflasi akan berada pada atas 3% sebelum turun menjadi 2% pada tahun 2022.

Matawang CAD menyusut susulan laporan dengan USD/CAD mengukuh 0.03% kepada paras 1.2514.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat