Angkara China, Harga Logam Jatuh Mendadak!

651

Harga global industri logam jatuh mendadak setelah pihak berkuasa China memberi amaran kepada syarikat komoditi di negara itu mengenai isu kenaikan harga.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional China (NDRC) mendesak syarikat-syarikat tersebut untuk memastikan pasaran kekal normal.

Langkah itu berlaku setelah harga logam melonjak tinggi dalam tempoh beberapa bulan terakhir ketika ekonomi utama mulai pulih dari krisis Covid-19.

Di London Metal Exchange, tembaga turun sebanyak 1.6% pada $9,881 per tan metrik, sementara aluminium merosot 1.09% kepada $2,370 per tan metrik.

Penurunan ini turut membataskan pergerakan matawang berkaitan komoditi, dolar Aussie, kiwi dan Kanada pada permulaan dagangan awal minggu.

Menurut laporan media tempatan The Global Times, syarikat-syarikat utama keluli, besi dan aluminium adalah antara yang disebut oleh pihak berkuasa.

The Global Times juga memetik kenyataan NDRC yang mengatakan bahawa pertemuan itu diadakan kerana berlaku peningkatan berterusan dan drastik dalam harga komoditi.

Pada awal minggu lalu, China telah mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan langkah-langkah mengenai penawaran komoditi, dengan mengatakan akan mengekang kenaikan harga yang tidak masuk akal.

Harga global untuk kebanyakan bahan mentah yang diperlukan untuk industri seperti tembaga, arang batu, keluli dan bijih besi, telah meningkat mendadak tahun ini di tengah-tengah pemulihan ekonomi dari wabak pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat