Angkara COVID-19, Ekonomi Asia Tidak Akan Catat Pertumbuhan Tahun Ini

270

Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, Asia diramalkan tidak akan mencatat sebarang pertumbuhan dalam ekonomi pada tahun ini disebabkan terkesan oleh pandemik coronavirus, menurut ramalan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Chang Yong Rhee menyatakan bahawa krisis yang sedang dialami di seluruh dunia ketika ini adalah lebih buruk daripada krisis kewangan global, dan Asia tidak terkecuali untuk merasai impaknya.

Tambah beliau lagi, walaupun terdapat ketidakpastian yang tinggi dalam prospek pertumbuhan 2020, kesan daripada pandemik coronavirus di rantau ini adalah lebih teruk dan belum pernah terjadi sebelum ini.

Asia merupakan rantau yang paling cepat berkembang di dunia. Semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan krisis kewangan global sekitar tahun 2008-2009, rantau ini masih mencatat kadar pertumbuhan purata masing-masing 1.3% dan 4.7%.

Walau bagaimanapun, dengan pandemik COVID-19 yang telah menjangkiti lebih dari 2 juta orang dan meragut lebih dari 130,000 nyawa, kesannya mungkin lebih besar disebabkan sebahagian besar aktiviti ekonomi global telah dihentikan untuk membendung penularan wabak tersebut.

China antara salah satu negara yang dijangka berkembang pada 2020, tetapi ia tidak akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi di Asia, seperti mana yang pernah dilakukan ketika krisis kewangan pada tahun 2009.

Walaupun China diunjurkan akan berkembang sebanyak 1.2% pada tahun ini, namun ia merupakan kejatuhan paling ketara dalam prestasi ekonomi negara itu berbanding pada 2009 yang hanya mengalami sedikit perubahan dengan pertumbuhan 9.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat